Untuk TEMUJANJI dan maklumat lanjut ,
Sila Hubungi :
012 - 497 8193 - Rosshidah A.Bakar
Berpengalaman dalam bidang ini dan semua dengan izin Allah swt
Alamat :
No.18 Jalan Persiaran 5/10 Bandar Putra Bertam 13200 Kepala Batas
RAWATAN YANG DISEDIAKAN :
- Terkena sihir
- Terkena santau
- Anak Degil
- Anak Tak Balik
- Pagar Rumah, Sekolah, Premis Perniagaan, Hotel
- Terkena Gangguan Makluk Halus
- Air Selusoh Bersalin
- Pengadang Diri
- Air Penerang Hati
- Buang Saka
- Anak Menangis Tak Henti
- Gannguan dan Masalah Rumahtangga
- Mandi bunga
- Lambat Dapat Jodoh
- Sakit Jantung
- Darah Tinggi
- Kencing Manis
- Baru Terkena Lumpuh
- Campak
- Kayap
- Demam Panas
- Sakit Kulit
- Sakit Yang Tak Dapat Diubati Oleh Doktor
DENGAN IZIN ALLAH SWT
.
.
.
MANDI BUNGA
Masih ingat lagi
akan petua orang tua-tua apabila seseorang itu menghidap beguk di leher?
Biasanya bahagian bengkak di leher akan di sapu nila (sejenis bahan pewarna
kebiruan diguna untuk memutihakan kemeja putih) dan dua tiga hari kemudian
bengkak tersebut akan hilang. Ramai mengaku bahawa nila sebagai ubat alternatif
lebih berkesan, murah dan mudah daripada antibiotik dalam mengatasi masalah
beguk ini?
Apa sebenarnya
kehebatan nila dalam penyembuhan penyakit tersebut?
Mungkinkah wujud perkaitan
rapat antara warna dan tubuh anda?
Menurut
Dr.Norhisham Wahab pensyarah kinesiologi gunaan, hal ini boleh dijelaskan
menerusi pendekatan Terapi Getaran Warna atau Colour Vibration Therapy.
"Warna memainkan peranan penting dalam menyembuh, memberi tenaga dan
menyeimbangkan tenaga pada tahap-tahap tubuh yang berbeza. Setiap elemen kimia
dan benda-benda hidup di dunia ini mempunyai ciri-ciri rajah tenaga warnanya
tersendiri. Ini termasuk tubuh badan anda dimana bahagian kepala dinaungi
warna-warna lembayung di mana putih diibaratkan kunci mahkota kepada segala
warna.
Dr. Norhisham
juga merupakan seorang saintis, pakar kinesiologi serta pengasa perubatan
Terapi Getaran Cahaya (Colour Vibration Therapy) yang pertama di Malaysia.
Beliau merupakan lulusan Open International University, Jerman. (Kinesiologi
digunakan dalam bidang perubatan tradisional sebagai satu kaedah yang sangat
berkesan dalam mengenal pasti dan membetulkan tekanan serta ketidakseimbangan
dalam badan.Ini dilakukan menerusi ujian otot bio-maklum balas atau muscle
testing bio-feedback).
Kinesiologi
diguna secara meluas di luar negara. "Pengamal kinesiologi tidak perlu
bertanya pada pesakit mengenai penyakitnya, hanya dengan mengenal pasti punca
melalui simptom yang dialami pesakit. Sebenarnya perkataan ‘penyakit’ itu
sendiri tanpa disedari boleh melemahkan sistem imunisasi seorang pesakit dan
menyukarkan penyembuhan.
Bahagian leher diliputi warna kebiru-biruan yang menjadi
kawalan sistem immune tubuh anda dari serangan virus. Dan warna ini akan
terganggu apabila seseorang itu menghidap penyakit seperti beguk maka, nila
digunakan bagi mengembalikan warna biru yang terganggu di bahagian ini. Warna hijau segar meliputi dari bahagian dada hingga pangkal
perut yang mengawal perasaan, sementara warna kuning meliputi bahagian perut.
Bahagian pinggul pula dilingkari warna merah.
Warna merah lebih sesuai dipakai pada bahagian pinggang ke bawah dan bukan
sebaliknya. Begitu juga dengan pemakaian inai di jari dan kadangkala di tapak
tangan atau kaki pengantin dikatakan boleh merangsang getaran hormon kesuburan
lelaki dan wanita.
Warna merah
sering dikaitkan dengan warna penyakit kerana itulah orang tua-tua menyuruh
kita masuk ke dalam rumah ketika menjelang malam (maghrib) kerana langit ketika
itu berwarna kemerah-merahan atau warna amaran. Jika begitu, mesej apakah yang
ingin anda sampaikan apabila memakai blaus merah?
Terapi Getaran Warna :
Merawat dan Penyeri Wajah
Terapi Getaran
Warna atau Coloru Vibration Therapy dikatakan kaedah rawatan kesihatan dan
kecantikan yang pertama diperkenalkan di negara ini. Ia boleh dianggap sebagai
kaedah rawatan terkini alaf 2000 kerana ia berkesan, murah dan tiada kesan
sampingan serta boleh mengubat pelbagai penyakit termasuk barah dan ketagihan.
Terapi ini amat terkenal di negara-negara Barat yang maju.
Getaran Tenaga
dan Warna
Dunia di antara
dua cahaya atau sempadan warna sebenarnya diukur dalam Islam sebagai ‘peralihan
waktu sembahyang’. Waktu-waktu peralihan ini adalah permulaan cahaya-cahaya
baru dengan warna mulai terbentuk. Penyembuhan atau penyakit paling aktif
berlaku dalam tempoh ini, contoh subuh dan menjelang malam. Maka warna adalah
kuasa rawatan yang amat berkesan kerana tubuh anda diselubungi dan dipenuhi
dengan tahap-tahap meridian kuasa warna ‘pelangi’ yang paling menakjubkan. Jika anda
mengalami gangguan tiroid, waktu paling berkesan untuk kemam ‘gula tebu’ ialah
antara 6.00 hingga 7.30 pagi di mana langit berwarna kebiru-biruan, warna
bahagian kerongkong.
Setiap orang mempunyai tahap getaran tenaga yang tersendiri,
sama ada tinggi atau rendah. Setiap orang juga dapat mengawal tahap getarannya
bagi menyamai tenaga orang yang sedang bercakap dengannya agar perbualan
berjalan lancar. Pemikiran positif pula memberi tahap tenaga getaran yang
tinggi, begitu juga sebaliknya.
Sementara
penyakit merupakan tenaga getaran yang rendah. Untuk mengembalikan tahap
getaran yang tinggi, anda perlu ceria, bersyukur dan yakin dengan kehidupan.
Kini anda pasti faham kenapa tukang andam sering menyuruh pengantin supaya
mengunyah sirih ketika bersanding bagi mengatasi perasaan gemuruh, degupan
jantung yang kencang! (Bahagian jantung dinaungi warna hijau).
Tumbuhan dan
Tubuh Anda
Kepesatan hidup
moden membuatkan kehidupan hari ini serba sukar, menyebabkan ramai yang dilanda
tekanan perasaan atau ketidakharmonian perasaan. Setiap satu bentuk
ketidakharmonian akan mengundang satu penyakit tetapi tidak kepada tumbuhan.
Tumbuhan walaupun dicemari tetap dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar
untuk terus hidup dengan penuh bertenaga.
Maka tidak
hairanlah jika tumbuhan diperlukan untuk menstabilkan ketidakharmonian dalaman
yang anda alami. Sumber tenaga wajib dicari dan dimanafaatkan sebagai pengganti
kepada tenaga yang telah bersatu didalam tenaga tumbuh-tumbuhan.
Cahaya dan warna
merupakan nadi kehidupan, tanpa cahaya, kehidupan tidak dapat diteruskan.
Tenaga daripada cahaya yang disimpan oleh tumbuh-tumbuhan akhirnya diguna
sebagai makanan oleh manusia untuk hidup. Adalah dipercayai frekuensi warna sel
tumbuhan dinilai sama dengan frekuensi warna sel tubuh anda. Sebab itulah warna
memainkan peranan amat dalam menyeimbangkan sel untuk penyembuhan penyakit.
Pelbagai bencana
dan pencemaran alam memusnahkan tumbuh-tumbuhan namun bagai ada suatu kuasa
yang penuh bertenaga, ia terus hidup. Ini ialah cara semulajadi serta merupakan
kekuatan tumbuh-tumbuhan. Maka anda boleh memanfaatkan tumbuhan sebagai
penyelesai bagi kekurangan imuniti yang menjadi punca penyakit kepada
seseorang.
Contoh,
bunga-bunga kecil yang tumbuh meliar di kawasan pergunungan atau tanah tinggi
mempunyai getaran tenaga yang amat kuat dan sesuai untuk mengembalikan tahap kerohanian
seseorang ke tahap normal. Namun, getaran tenaga yang dapat diperangkap ini
hanya sesuai dan berkesan dengan mereka yang tinggal di kawasan tersebut. Ini
bermakna sumber rawatan kecantikan dari pergunungan Swiss tidak mungkin sesuai
dengan penduduk Malaysia.
Terapi Getaran
Warna
Getaran tenaga
ditentukan oleh warna sebagai ukuran ketetapan bagi keperluan tenaga yang harus
diganti semula. Misalnya, jika organ hati anda rosak atau dijangkiti kuman atau
dibebani toksin bermakna frekuensi getaran warna sel organ tersebut telah tidak
seimbang. Maka getaran warna dengan frekuensi yang tepat sebagai penstabil
diperlukan serta-merta bagi membuang bahan asing yang tidak sepatutnya berada
disitu.
Getaran ini
ibarat rangka atau sistem yang akan merawat sel yang berada pada paras tenaga
yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Rumusan Terapi Getaran Warna membentuk
keseimbangan secara serta-merta pada bahagian-bahagian tubuh yang sakit (atau
tidak seimbang) pada setiap tahap tubuh.
Semua unsur kimia
dengan struktur atom yang longgar bergetar pada frekuensi yang tidak tetap.
Apabila pengimbang tenaga Terapi Getaran Warna diguna menerusi penerimanya
(kulit) maka pineal (otak) anda mula menganalisis untuk menerima dan
menghubungkan semula ke bahagian sasaran yang tidak seimbang. Bahagian tubuh
yang lemah boleh diuji di bahagian titik akupuntur dengan alat penguji
pengimbang tenaga rintangan elektrik. Hasil ujian akupuntur menunjukkan
keseimbangan serta-merta pada bahagian terjejas.
Bagi memastikan
anda sentiasa berada dalam getaran tenaga yang tinggi, anda perlu tenang dan
yakin dengan diri anda. Keresahan perlu dielakkan kerana ia menimbulkan
keracunan atau bebanan toksin kepada blok dalam sistem limpa dan sistem saraf.
Begitu juga dengan segala perasaan negatif atau perbuatan buruk seperti
penyesalan, dengki khianat dan buruk sangka boleh mencetus satu tenaga asing
dalam badan seterusnya, mendatangkan penyakit kepada anda.
Mandi Bunga
Tenaga Terapi
Getaran Warna dicipta daripada tenaga tumbuh-tumbuhan yang diperolehi daripada
matahari dan cahaya balikan bulan. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan
penyakit yang anda alami. Rendam dalam air untuk merakamkan tenaga yang akan
dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga bunga yang sudah dipindahkan
ke dalam air itu amat berkait rapat dengan misteri mandi bunga yang menjadi
amalan pelbagai budaya di seluruh pelosok dunia.
Bermain Warna dan
Getaran
Mengenali warna
diri, sebenarnya anda mula mengenali personaliti anda yang sebenar
Bolehkah kita
merawat penyakit dengan warna?
Memang
benar warna boleh menjadi penawar paling mujarab.....
Apabila
anda hendak mengenali diri anda, anda dinasihatkan bermula dengan mengenali
konsep warna dalam kehidupan. Mengenali warna diri, sebenarnya anda akan mula
mengenali personaliti anda sebenar. Anda juga boleh mengetahui kelebihan,
kekurangan, masalah kesihatan, ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikit,
perasaan, semangat, kelakuan dan tindak tanduk anda yang berkait rapat dengan inspirasi
warna.
Ingat lagi
cerita mandi bunga dan nila yang disapu di pipi bila kita kena beguk.
Sebenarnya warna biru merupakan warna penyembuh. Begitu juga dengan warna
kuning seperti kunyit, oren dan emas. Emas itu boleh meneutralkan asid. Sebab
itu orang perempuan digalakkan memakai emas,
Petiklah bunga
dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami
Dunia penuh
dengan pencemaran. Berbagai bencana yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan tetapi
sesuatu yang mengkagumkan dalam jangka masa yang singkat tumbuh-tumbuhan dengan
suatu kuasa yang penuh bertenaga mampu terus hidup. Ini ialah cara semulajadi
untuk mengembalikan keseimbangan.
"Itulah satu
kekuatan yang ada pada tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber imuniti bagi
menghadapi pencemaran dan masalah alam sekitar. Jadi saya memanafaatkan
tumbuh-tumbuhan sebagai penyelesai bagi kekurangan imuniti yang menjadi punca
penyakit kepada seseorang".
"Umpamanya
bunga-bunga kecil yang tumbuh meliar di kawasan pergunungan atau tanah tinggi
mempunyai getaran tenaga yang amat kuat untuk menyesuaikan atau mengembalikan
tahap spritual seseorang kembali normal. Tenaga itu pasti mempunyai getaran di
mana geteran itu ditentukan oleh warna sebagai ukuran ketepatan bagi keperluan
tenaga yang harus diganti semula".
Tenaga
Colour Vibration daripada tenaga tumbuh-tumbuhan yang
dimanfaatkan daripada matahari dan cahaya balikan daripada bulan. Petiklah
bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendamkan kedalam air
untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang.
Tenaga getaran bunga yang sudah dipindahkan ke dalam air itu amat berkait rapat
dengan misteri mandi bunga yang menjadi amalan berbagai budaya di seluruh pelusuk
dunia.
Percayakah anda ubat atau penawar sudah ada atau wujud dalam tubuh anda sendiri.
Rahsia penawar
sesuatu penyakit itu berpunca daripada apa yang dilihat, dengar, fikir dan rasa
iaitu melalui perbuatan mahu pun amalan. Itulah racun dan itulah juga
penawarnya.
Penemuan saintis
dalam pelbagai bidang sebenarnya diasaskan saintis Islam pada zaman
kegemilangan Islam lagi. Penemuan dalam bidang perubatan seperti fizik, kimia,
biologi dan matematik diperkemaskan olih saintis Barat sehingga mampu mencipta
perubatan canggih ketika ini.
Bagaimanapun, penemuan
itu hanya membabitkan pengaruh luaran walhal sesuatu perubatan itu menjadi
lengkap apabila ia membabitkan kedua-dua pengaruh luaran dan dalaman.
Kajian asas secara perubatan terapi
getaran warna (CVT) membongkar pelbagai rahsia ketetapan dan peraturan
hukum alam. Ketetapan dan peraturan ini berkait rapat dengan unsur kejadian
(hakikat) angin, api, air dan tanah yang bermula dari cakerawala sehingga ke
bawah (bumi) dan kejadian manusia.
Dari istilah
sains kimia keempat-empat unsur itu dikenali sebagai nitrogen, oksigen,
hidrogen dan karbon manakala dari istilah fiziks dikenali sebagai cahaya, haba,
kimia dan magnet. CVT mengkaji keempat-empat unsur tadi mengenai kedudukannya
daripada cakerawala sehingga kebumi dari perspektif kimia dan fiziks yang tiada
batasannya.
Segalanya dicipta
oleh Pencipta alam ini dengan nilai susunan yang sangat halus lagi unik dan
sukar untuk difahami oleh akal logik manusia kerana setiap suatu ciptaan itu
mempunyai pengertian tersendiri. Ciptaan Allah ini disusuli dengan ketetapan
dan peraturanNya. Jika berlaku sesuatu pencerobohan maka berlaku juga
iktibarnya iaitu bencana atau penyakit sama ada kepada alam mahu pun kepada
manusia.
Terlalu banyak
berfikir tetapi masih juga berakhir dengan kekeliruan sebab penggunaan tenaga
yang melebihi had yang menyebabkan organ dalam tubuh tidak lagi dapat
menjalankan fungsinya untuk memproses zat makanan. Akibatnya makanan yang gagal
diproses dengan sempurna menjadi racun yang akan membuatkan anda bertambah
risau.
Rahsia mandian
pati bunga Seri Wajah
Dari sudut konsep
dan prinsipnya terdapat hubungan berikut di antara alam dan manusia. Alam
adalah pengaruh luaran dan manusia itu sendiri adalah pengaruh dalaman manakala
yang memegang kunci pengimbang ialah deria atau pancaindera. Derialah yang
menjadi penganalisis maklumat tenaga yang masuk dan keluar daripada tubuh.
Deria ialah
pengimbang yang cekap, terutamanya bulu roma. Kecekapan deria ini sebagai
reseptor boleh dipastikan jika bulu roma atau kulit kita selalu basah dan tidak
terdedah kepada udara kotor atau cahaya matahari yang keterlaluan. Dengan
mengambil wuduk lima kali sehari sudah cukup untuk membuktikan Islam itu amat
saintifik bagi menghormati rahsia keajaiban air.
Seri Wajah
mengandungi pati bunga yang ditambah dengan getaran tenaga gelombang tinggi.
Kita tidak perlu memilih dan memetik bunga untuk tujuan mandi bunga kerana
masyarakat kita tidak diajar mengenali jenis bunga yang menjadi penawar atau
pun sebaliknya. Tambahan pula, waktu dan cara memetik bunga juga perlu
diketahui jika tidak getaran bunga itu berpindah bentuk dan tidak asli lagi.
Umpamanya, kelopak bunga yang ganjil dengan warna penyakit, perlu disesuaikan
untuk tidak mencernakan warna aura persekitaran tubuh yang sudah stabil.
Kesilapan dalam penggunaan jenis dan warna bunga boleh membawa mudarat yang
amat merugikan.
Penggunaan Seri
Wajah yang konsisten mampu melegakan pelbagai masalah spiritual, emosi dan
mental. Gelombang frekuensi tinggi yang amat laju yang terdapat dalam esen Seri
Wajah ini membolehkan ia menstabil dan menjalankan fungsi organ dalaman ke
tahap asal. Rasionalnya ialah penyakit kronik yang membabitkan kegagalan fungsi
organ dapat dibina semula walaupun ia mengalami kerosakan tisu seperti kanser.
Mandian dengan Seri Wajah pula akan menjana semula isyarat atau komunikasi
tubuh secara dua hala iaitu perhubungan sistem endokrin dan sistem saraf.
MENYEIMBANGKAN
TENAGA DALAMAN
Tahukah anda
tubuh manusia memendam getaran warna?
Proses kebocoran warna serta lambang
seumpama pelangi juga terjadi pada manusia.
Pengkaji Barat
kerap mengaitkan warna dengan personaliti manusia tetapi warna mempunyai
hubungan dengan tahap identiti kesihatan seseorang. Kebocoran warna pada tubuh
manusia boleh dikesan menggunakan kamera gelombang jarak jauh. Seseorang yang
berpenyakit akan memperlihatkan warna atau aura yang pudar atau malap, tiada
cahaya atau sinar pada warna berkenaan sebaliknya warna mati atau tua serta
pasif yang dapat dilihat.
Jika kebocoran
warna pada tubuh manusia itu tidak ditutup atau dicuci atau diseimbangkan, maka
penyakit yang dihidapi seseorang itu akan berlanjutan atau berulang jika kaedah
rawatan biasa digunakan.
Kelemahan diri
anda dapat dikenal pasti sehingga ke puncanya melalui getaran menutup dan
menyeimbangkan tenaga ditahap cakra yang tertentu sebagai pertahanan,
pencegahan dan penyembuhan.
Warna luaran yang
pudar membuktikan ketidakseimbangan tenaga dalaman yang bocor. Tenaga dalaman
yang sepatutnya memberikan kestabilan pada tubuh terpaksa keluar disebabkan
perubahan kimia yang bergetar secara tidak terkawal.
Ketidakseimbangan
inilah yang akan membenarkan tekanan gelombang rendah menyerap masuk atau satu
daya tarikan dan dari situ bermulanya gangguan kerohanian dan keadaan ini akan
menjadi punca penyakit jika dibiarkan berlarutan.
Hakikat air,
warna tubuh dan pendekatan saintifik
Terapi getaran
warna (CVT) mengenal pasti tujuh warna dan kedudukan warna itu didalam tubuh
manusia.
Meletakkan
kedudukan warna itu ditempatnya yang khas. Inilah hakikat hak tubuh anda dan
jika hak tubuh itu dicerobohi maka berlakulah ketidakseimbangan atau penyakit.
Contohnya, jika kedudukan paru-paru yang panas bertukar menjadi sejuk,
seseorang itu akan menghidap penyakit seperti asma atau lelah. Kedudukan
jantung yang sepatutnya sejuk bertukar menjadi panas boleh menyebabkan penyakit
seperti lemah jantung, tekanan darah dan panas baran.
Lazimnya,
peraturan hak tubuh dicerobohi olih proses pemakanan yang tidak sihat.
Pemakanan yang berlebihan boleh mengakibatkan kebocoran tenaga dalaman. Air
adalah penawar kepada segala penyakit dalam tubuh manusia dan apabila kandungan
hidrogen iaitu unsur air berkurangan, tekanan haba di paru-paru yang mengawal
pernafasan bertukar menjadi gangguan sejuk dan ini akan mengurangkan haba dan
oksigen dalam proses pembakaran untuk menghasilkan tenaga.
Dalam keadaan
ini, bahagian pernafasan mengalami pengewapan sehingga keluarnya karbon
dioksida dan dalam keadaan yang sama, paru-paru gagal membekalkan oksigen ke
dalam darah kerana ia sejuk. Kerana itu juga jantung yang bertanggungjawab
sebagai sistem penyejuk menjadi panas dan bermakna ketetapan dan peraturan
hakikat hak tubuh dicerobohi dan berlakulah penyakit.
Formula Seri
Wajah (Terapi getaran aroma) daripada pati bunga-bungaan 1,00l kegunaan dicipta
dan dihasilkan untuk memerangkap tambahan daya tenaga frekuensi tinggi yang
dapat meneutralkan gelombang rendah di persekitaran tubuh iaitu sinar-x pancaran
gamma, alfa dan beta.
Tenaga yang
terkandung dalam Seri Wajah akan menyerap ke dalam pelbagai organ deria sebagai
reseptor untuk menghantar pesanan atau maklumat ke kelenjar pineal di otak dan
seterusnya akan bertindak sebagai prisma atau berlian bercahaya yang memecahkan
getaran itu kepada pelbagai warna pelangi dengan frekuensi berbeza.
Zat tenaga cahaya
matahari yang terperangkap ke dalam bentuk getaran warna di dalam
tumbuh-tumbuhan diganti dan dipancarkan tenaga melalui Seri Wajah dan boleh digunakan
untuk 1,001 kegunaan secara mandian atau pada luaran.
Tenaga akan
beredar di persekitaran tubuh sebagai pengimbang aliran tenaga (aura) menerusi
bulu roma melalui pelbagai sistem deria seperti bulu mata pada deria
penglihatan, pendengaran (bulu telinga) dan bulu hidung pada deria pernafasan.
Jika pengimbang
tenaga Seri Wajah ini diambil melalui reseptor bulu roma maka pineal akan
menganalisis untuk menerima dan menghubungkan semula bahagian sasaran yang
tidak seimbang.
Bahagian yang
lemah boleh diuji dibahagian titik akupuntur dengan alat penguji keseimbangan
tenaga rintangan elektrik. Ujian ini mampu memberikan tahap keseimbangan
seseorang dengan serta merta.
Rawatan dengan
Cara Mandi ( Mandi Ais & Mandi Bunga )
Daripada Thauban
daripada Nabi S.A.W sabdanya:-
Apabila kena
sesaorang kamu demam, maka sesungguhnya demam itu sepotong daripada api neraka,
maka padamkanlah ia dengan air. Maka berendamlah dalam sungai yang mengalir,
hendaklah berhadap pada pengaliran air (ke hulu), maka bacalah:
“Dengan nama
Allah, Ya Tuhanku sembuhkan hamba-Mu dan benarkan Rasul-Mu” , selepas solat
Subuh sebelum terbitnya matahari. Maka selamlah ke dalamnya 3 kali selama 3
hari; jika tidak sembuh selama 3 hari maka 5 hari; jika tidak sembuh selama 5
hari maka 7 hari; jika tidak sembuh 7 hari maka buatlah 9 hari; maka
bahawasanya hampir tidak melampaui sembilan hari dengan izin Allah.
7 Kombinasi Asas
Dalam Rawatan Hidroterapi Ais (Dari Sudut Sains Fizik)
1. Air / Ais
Air mengesan
getaran / tenang, reda.
Air dirakam
dengan frekuensi diamond (berlian) / segi tiga(1-7 Hertz).
Unsur atom air
paling cepat mengesan gema dan paling cepat bergetar.
Air unsur yang
paling tepat mengesan ukuran gelombang sesuatu unsur yang lain.
Ais dengan
tekanan akan menyebabkan unsur yang berat akan termendap ke dasar
kolam.
Unsur-unsur yang
berat jisimnya tidak terampai / terapung yang boleh menyerap
masuk semula
(merbahaya).
2. Kapur punca
ais cepat cair
Fungsinya:
Meningkatkan
suhu di dalam darah.
Merendahkan
suhu di dalam tulang.
Menguatkan
semula struktur tulang.
Tulang dan
kapor satu kombinasi yang sama.
Rahsia tulang
adalah rahsia kapor.
Merangsang
impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat.
Membersihkan
kulit untuk deria sentuhan,tekanan persekitaran.
Kapor harus
disapukan pada seluruh tubuh.
3. Garam
Fungsinya:
Proses
pemanasan darah / menambahkan oksigen dalam darah.
Mencairkan
darah yang beku.
Melancarkan
aliran darah.
Meneutralkan
radiasi yang telah dikeluarkan di dalam air.
Memanaskan
tubuh di dalam air.
Menambahkan
tekanan dari dalam.
Mengeluarkan
gas karbon dioksida yang teperangkap di dalam aliran darah.
Memecahkankan
gula yang teperangkap di dalam aliran darah.
Memelihara
kandungan sel dalam darah.
Garam pengalir
yang baik di dalam air.
4. Minyak Pati
Bunga (Aromatherapy Vibration)
Fungsinya:
Rakaman
gelombang dalam frekuensi rendah yang merangsang kelenjar pineal
untuk kekuatan
semangat spiritual,sistem imun,melalui deria bulu roma yang
terdapat pada
rambut,telinga,mata dan hidung.
Minyak Pati
bunga akan lebih memecahkan gelombang dengan reaksi spektrum
(molekul stuktur
air dalam jisim segi tiga) di dalam air yang lebih menyerlah.
Menyimpan
kesan-kesan bunyi yang stabil.
Cepat mengesan
niat rahsia doa,rahsia Nitrogen 7 (kemujaraban).
Keseimbangan/
keheningan.
Mengawal suhu.
Tekanan
perasaan.
Mengawal emosi.
5. Sistem
penyaman udara.
Tempat
rawatan perlu pergerakan angin yang bebas.
6. Cahaya lampu
UV( ultraviolet)
Penggunaan cahaya UV untuk memastikan bakteria tidak aktif.
7. Gelombang
gerakan air.
Air harus
ada pergerakan agar garam bertindak mengecas semula ion –
ion negatif
Rahsia Hening
Manusia yang
sentiasa didalam keadaan hening, sabar dan ikhlas payah untuk dicerobohi dari
pelbagai permasalahan umumnya dari penyakit ataupun stress. Ingatlah, setiap
kali fikiran kita bercelaru, bimbang, tidak tenang, sistem Hypothalamus dan
usus akan terganggu. Uric acid akan terbentuk, mulalah masalah awal seperti
kepayahan tidur, tidur yang tak lena, tiada selera makan, pelupa, keliru,
tergopoh gapah, melatah, meradang dan pelbagai lagi.
Islam mendidik
kita agar hening senantiasa. Kelima-lima waktu solat itu memegang rahsia
keheningan. Solat itu adalah terapi semulajadi, dari pergerakan serta
penyerahan pada yang Maha Berkuasa. Apabila sahaja kepala (pineal gland)
mencecah bumi sewaktu sujud, maka tercetuslah hormon melatonin dari kelenjar
Pineal. Rahsia pergerakan solat itu sendiri adalah konsisten yang boleh
mengakibatkan resonans terjadi, pergerakan berdiri, sujud dan rukuk yang
menyebabkan terjadinya tenaga membujur dan melintang! Inilah dia terapi
semulajadi....
Hening adalah
rahsia Sabar, Ikhlas dan Redha. Hening juga memegang rahsia Nitrogen yang juga
memegang rahsia cahaya bulan (rahsia putih). Apabila amalan ini menjadi
kebiasaan, maka seseorang itu kita dapat melihat begitu tenang dalam apa hal
sekali pun, tidak gopoh, tidak keliru dan senantiasa "cool". Itulah
rahsia Nitrogen yang sejuk.......
Rahsia Air
Tidak pernah kita
berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik
rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......
Maha Suci Allah
yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah
makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah
Tuhannya!
Di dalam Al-Quran
ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah
hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini.
Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya
adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut
ibu di dalam kandungan air semata-mata?
Air diperakui
oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya
apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran
yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya
niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk
pembersihan semata-mata.
CVT mengajak kita
berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita
mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas
kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah
terfikir air itu sedang merakam niat kita?
No comments:
Post a Comment